Powered By Blogger

Wednesday, 30 June 2010

Warisan

        Kata Bersahut, Gayong Bersahut
 
"Ikutlah Resam Padi, Makin Berisi Makin Tunduk"
"Berguru Kepalang Ajar Bagai Bunga Kembang Tak Jadi"

  Woodlands, Singapura(awal 1960-an)


                                                  Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman


Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.
BULAN DAN BINTANG Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.

Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)
Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'

HIJAU
(Agama)
SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)
Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)
Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia' 
Gayong punya 349 seni rahsia


Amanat Dato' Mahaguru Meor. Abd. Rahman kepada Anak-anak Gayong
********************************************************
Tiang yang paling penting dalam
penuntutan ilmu ialah taat setia yang
tidak berbelah bahagi.Tamak-ahmak
itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri
ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
_______________________________________
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang ditangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata ditangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hayut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berpadu teguh!

No comments:

Post a Comment