Powered By Blogger

Wednesday, 26 October 2011

The Triad Organization

The Triad Organization Table :



Kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat berasal dari kumpulan Triad. Kumpulan Triad merupakan satu kongsi gelap yang ditubuhkan di negeri China pada tahun 1674. Tujuan kumpulan Triad ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menggantikannya dengan Dinasti Ming. Kumpulan Triad juga dikenali sebagai nama-nama seperti Liga Hung dan Thian Ti Hui (Liga Syurga dan Bumi). Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819). Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka). L.A. Mills menganggap kongsi-kongsi gelap Cina di Negeri-negeri Selat sebagai the Pirates and Robbers Co-operative Association. Sebilangan besar ahli kongsi-kongsi gelap tersebut terdiri daripada penjenayah Cina.

Kapitan Chung Ah Kwee, ketua kumpulan Kongsi Gelap Larut Hai San 1887

Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa-bangsa lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain-lain. Kumpulan kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka.



Khaw Boo Aun (1835 - 1906) Setiausaha Persatuan Ghee Hin Sum Hup, juga Pengurus kewangan Raja Abdullah
Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang dipuja-puja. Malah di dalam sumpah setia meraka, mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah".

Sebab-sebab penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Kewujudan kongsi-kongsi gelap di China Selatan
Kebanyakan orang Cina yang berhijrah secara ramai-ramai ke Negeri-negeri Selat dalam abad ke-19 merupakan bekas ahli kongsi-kongsi gelap di negara China. Tradisi kongsi-kongsi gelap ini telah diteruskan oleh orang Cina di Negeri-negeri Selat.

Tukang gunting Cina di Malaya pada tahun 1876

2. Keperluan organisasi bagi perlindungan dan bantuan bersama
Orang Cina yang berhijrah ke Negeri-negeri Selat berasal dari kawasan-kawasan yang berlainan di negara China dan terdiri daripada berbagai-bagai suku. Mereka juga mempunyai bahasa pertuturan dan adat yang berlainan. Faktor-faktor ini dan keadaan sekeliling yang baru telah menyebabkan orang Cina memasuki kongsi gelap yang seketurunan bagi tujuan perlindungan diri dan bantuan bersama. Selain daripada menjalankan kegiatan-kegiatan jenayah, kongsi-kongsi gelap ini merupakan persatuan kebajikan dan sosial. Mereka membantu ahli-ahli yang berada dalam kesusahan, menguruskan pengebumian ahli-ahli yang meninggal dunia dan membantu ahli-ahli mencari pekerjaan.
3. Kewujudan peluang-peluang kekayaan dan kuasa
Kongsi-kongsi gelap juga ditubuhkan dengan tujuan menguasai lombong-lombong bijih timah, perdagangan kuli, perjudian dan pelacuran.

Pelombong Ghee Hin

4. Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat
Sikap tidak peduli Kerajaan Negeri-negeri Selat telah menggalakkan penubuhan kongsi-kongsi gelap Cina. Pegawai-pegawai awam dan pasukan polis tidak mencukupi untuk mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap. Pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura. Malahan, tiada terdapat seorang pegawai pun sebelum tahun 1867 yang boleh bertutur dalam bahasa Cina atau memahami adat orang Cina. Tiada terdapat jentera kerajaan sebelum tahun 1877 bagi menguruskan hal-hal berkaitan dengan kaum Cina di Negeri-negeri Selat. Malahan tiada terdapat kakitangan kehakiman yang mencukupi untuk menyelesaikan kes-kes jenayah. Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat. Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.
Langkah-langkah mengawal kegiatan kongsi-kongsi gelap Cina
1. Sebelum tahun 1867
Sehingga tahun 1867, tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap. Pentadbiran Negeri-negeri Selat sehingga tahun tersebut adalah di bawah kawalan Kerajaan India yang telah mengamalkan sikap tidak peduli dalam hal ehwal tempatan. Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman.


Senjata yang digunakan ketika peperangan Larut antara Kongsi Gelap Hai San dan Ghee Hin


2. Selepas tahun 1867
a. Akta Pemeliharaan Keamanan 1867
Pada tahun 1867, Sir Harry Ord, iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan. Melalui akta ini, Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan. Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan.
b. Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869
Pada tahun 1869, kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka.
c. Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877
Pada tahun 1877, kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina.
d. Kelulusan Undang-undang
Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan
e. Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889
Pada tahun 1889, kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka. Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.
Walau bagaimanapun, langkah-langkah yang diambil oleh Kerjaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya. Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.
Jika seseorang terlibat didalam aktiviti kongsi gelap atau jenayah, maka mereka boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
DIBAWAH ORDINAN DARURAT 5/69
Mengikut sek. 3 Ordinan Darurat anda boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun
Atau
Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.

Kongsi Pengetahuan Kongsi

 

BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina

KONGSI gelap bukanlah satu gerakan baru di Malaysiai. Anggota-anggota  pertubuhan haram itu adalah sebahagian daripada masyarakat Cina. Apakala kaum Cina mendapat kekayaan, bilangan kuman-kuman masyarakat ini juga menjadi bertambah besar. Pengaruh mereka terdapat di segenap penjuru alam, di mana ada orang Cina, sekalipun di Chicago, San Francisco atau London.
Di Malaysia, di mana orang Cina adalah  kaum yang terkaya, kongsi-kongsi  gelap telah menjadi bertambah kuat kerana mereka mendapat wang daripada ahli-ahli perniagaan dengan cara pemerasan, penculikan, ugutan dan apa jua cara haram. Mereka tidak menumpukan gerakan mereka kapada peniaga-peniaga besar sahaja. Mangsa-mangsa mereka termasuklah perempuan sundal, penari, rumah urut  dan peniaga kecil, dengan cara menuntut wang perlindungan daripada mereka itu.
Pada masa lalu mereka tidak pernah mengambil bahagian dalam politik, kalau ada pun sangatlah sedikit, tetapi dalam tahun 1969 peranan yang mereka mainkan telah menjadi lebeh penting kerana mereka berada di mana-mana  dan ditakuti oleh orang ramai.
Banyak ahli politik Cina yang memberi kerja kapada mereka, sama ada untuk mengawal keselamatan mereka, atau untuk menambahkan pengaruh dan meninggikan kedudukan mereka di kalangan kaum itu, dan dengan itu dapatlah mereka mencapai tujuan mereka. Dengan kerana itu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang tidak lagi dianggap sebagai kuman masyarakat, telah mendapat kedudukan penghormatan yang ganjil, seolah-olah sama saperti kumpulan sulit Mafia di Amerika Syarikat; dan dengan kedudukan ini mereka telah menimbulkan satu ancaman dan masalah kapada kebahagiaan hidup masyarakat di Malaysia.
Dalam kempen pilihan raya yang lepas mereka telah mengambil peranan yang baru sebagai wakil calon dan pekerja untok calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya  itu yang manjalankan tugas mereka dengan menggunakan segala tipu helah jahat yang mereka sahaja tahu menjalankannya. Pengundi-pengundi telah diugut supaya mengundi calon-calon yang tidak mereka sukai. Dengan sebab gerakan mereka yang jahat itu, maka perjalanan pilihan raya menurut asas-asas  demokrasi yang sentiasa diamalkan pada masa lalu telah terganggu. Di mana-mana  kuman masyarakat ini campur tangan, maka kempen  telah dijalankan dengan berbagai-bagai-bagai rupa, tetapi tidak lagi mengikut lunas-lunas  demokrasi.
Polis Diraja Malaysia sentiasa bergerak untuk menentang anggota-anggota kongsi gelap itu, terutama dalam masa lima atau enam tahun yang lepas. Maklumat-maklumat yang penting telah diperoleh dalam penyiasatan yang dijalankan mengenai gerakan kongsi gelap itu tetapi polis tidak sangka gerakan mereka akan dijalankan dalam pilihan raya.
Sikap anasir-anasir komunis dan tiga golongan orang Cina yang saya sebutkan di atas telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Malaysia, dan perasaan inilah yang telah ditonjolkan dalam pilihan raya. Banyak sebab-sebabnya, tetapi yang terbesar ialah Bahasa Kebangsaan. Dari beberapa surat yang telah saya terima, nyata-lah banyak orang  Cina dan India berasa tidak senang hati ketika Bahasa Kebangsaan mula digunakan. Oleh kerana bahasa Melayu telah menjadi asas kapada Bahasa Kebangsaan, maka kaum Cina chauvinis (inilah sahaja perkataan yang tepat untok menghuraikan sikap mereka) telah melahirkan perasaan mereka dengan menghasut supaya diadakan sekolah-sekolah dan hospital  yang berasingan dan sebuah universiti untuk orang Cina sahaja.
Alasan yang mereka kemukakan ialah daging babi tidak boleh dihidangkan dalam kantin bangunan yang menempatkan pelbagai kaum. Mungkin soal makanan ini boleh di-jadikan satu isu, tetapi ini adalah satu perkara yang senang diatasi dengan cara mengadakan kantin yang berasingan, atau jika tidak dapat diadakan kemudahan memasak yang berasingan, masih banyak makanan lain yang boleh dihidangkan kapada semua kaum yang tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak dari segi agama atau lain-lain. Kenyataan ini terbukti kebenarannya jika kita perhatikan penjualan makanan oleh penjaja-penjaja tepi jalan saperti di Jalan Campbell, Kuala Lumpur, yang sangat digemari oleh semua kaum.
Soal-soal kecil saperti makanan merupakan alasan sahaja. Hakikat yang sebenarnya ialah golongan cauvinis itu menentang langkah menjadikan mereka orang Malaysia. Mereka menentang tujuan ini, dan mereka mahu kekal sebagai orang Cina. Terpulanglah kepada mereka untuk berpegang kapada sikap yang seperti itu, tetapi di dalam masyarakat yang berbilang kaum,  marilah kita semua membulatkan taat setia kapada negara ini, biar apa pun jua asal keturunan kita. Apakala negara mengadakan satu bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu, maka saya rasa adalah menjadi kewajipan bagi semua orang memberi sumbangan masing-masing bagi menjayakannya sebagaimana yang telah dipersetujui dan dicatatkan dalam Perlembagaan.
Inilah soal yang menyebabkan MCA hilang pengaruh. Mestilah diakui bahawa dasar Perikatan adalah selaras dengan kehendak Perlembagaan. Maka sokongan MCA terhadap dasar yang seperti itu adalah betul dan dengan yang demikian patutlah mendapat sokongan daripada orang-orang Cina di Malaysia yang berfikiran waras dan taat setia kapada negara ini. Keengganan orang Cina untuk menyahut seruan supaya terbentuknya satu bangsa Malaysia yang bersatu telah menyebabkan timbulnya perasaan anti-Melayu. Sikap ini disedari oleh orang Melayu, dan oleh kerana marah kapada orang Cina yang tidak memberi kerjasama di atas perkara yang telah dipersetujui, maka mereka pula telah menghasut supaya timbul perasaan anti-Cina, sambil menuduh Kerajaan bersikap lembut.
Perasaan melampau yang ditunjukkan oleh puak kanan atau puak kiri sesuatu kaum itu akan melemahkan usaha hendak menubuhkan satu bangsa Malaysia yang bersatu. Malangnya dalam pilihan raya baru-baru ini, mereka yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab telah mengambil kesempatan yang sepenuhnya untuk meniupkan perasaan  yang seperti itu.
Saya telah melawat seluruoh cerok dan rantau negara selama dua bulan dan mengingatkan pendudok dari semua kaum tentang bahaya corak politik ini, dan juga pergaduhan antara pendudok  boleh memecahbelahkan masyarakat dan menjahanamkan negara yang kita telah bina. Kutub Utara dan Kutub Selatan mustahil akan dapat bertemu , tetapi manusia boleh bercampur gaul di mana-mana jua di atas muka bumi ini.
Saya telah terperanjat apabila orang Cina yang telah menunjukkan sokongan yang kuat kapada calon-calon UMNO pada masa lalu, dengan tidak semena-mena mengubah  sikap mereka dan berpaling tadah menyokong calon-calon Pas pula. Semasa saya melawat bersama-sama dengan kawan-kawan saya ahli MCA, saya telah dapat melihat dengan mata kepala saya sendiri kejadian ini berlaku di kawasan saya. Saya telah melihat orang-orang Cina pergi ke pondok calon  Pas. Tentulah saya terperanjat, dan saya fikir mereka tersalah pergi ke pondok Pas itu.
Apabila saya memberhentikan motokar untuk bertanya, pengundi-pengundi Cina itu telah meradang kerana mereka menyifatkan perbuatan saya itu sebagai mengganggu kebebasan mereka untok mengundi. Saya telah berasa cemas apabila mendapati  kejadian yang sama berlaku di merata  tempat di Utara Kedah.
Sesunggohnya susah hendak difahami kenapa kejadian ini berlaku kerana semasa kempen, calon-calon PAS terang-terang telah menunjukkan sikap anti-Cina, tetapi apabila mengundi parti itu mendapat sokongan daripada orang Cina.
Nyatalah ada perkara sulit yang telah berlaku pada ketika itu. Mungkin mereka telah menerima arahan daripada pihak-pihak tertentu, atau pun mereka telah diugut dan mereka mengundi partiparti pembangkang kerana takut. Apabila salah seorang daripada mereka disoal kenapa mereka telah pergi ke pondok Pas, dia telah menjawab bahawa tidak ada sebab bagi orang Cina takut kepada Pas di Kedah atau di tempat-tempat lain sekalipun dasar parti itu anti orang Cina, kerana orang Cina di Kelantan tidak teraniaya sekalipun parti itu berkuasa dic negeri tersebut.
Satu lagi sebab yang mereka beri ialah beberapa hari sebelum hari mengundi, seorang calon Perikatan telah menghina orang China dengan mengatakan bahawa sekalipun orang Cina tidak menyokongnya, dia masih mempunyai harapan untok menang. Calon itu ialah Dr. Mahathir Mohamad.
Saya dapat tahu kejadian ini daripada Pengerusi MCA Kedah, Dato’ Dr. Cheah Toon Lock. Saya telah berkata kepadanya bahawa adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang China berdiri di belakang Parti Perikatan, kecualilah jika ia menjadi ahli parti pembangkang. Tidaklah patut mereka menghiraukan apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir.
Orang Cina tidak berhak menjadi ahli Parti PAS tetapi sebelum tahun 1966 mereka boleh menjadi ahli bersekutu dalam UMNO, dan ahli biasa dalam MCA yang berikat dengan UMNO. Dengan kerana itu tidak ada sebab kenapa orang Cina patut mengundi calon Pas melainkan untok menunjukkan sikap permusuhan terhadap Perikatan atau pun kerana mereka takut.
Di antara parti-parti pembangkang, Pas adalah parti yang tertua. Dalam pilihan raya yang pertama, iaitu semasa pemerintahan British dalam tahun 1955, Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingkan, dan seuah kerusi telah dimenangi oleh ahli PAS dari Perak.
Allahyarham Dato’ Onn dengan secara tidak langsong adalah bertanggungjawab melahirkan Pas semasa beliau menjadi Yang Dipertua  Agung UMNO. Ketika itu dalam UMNO terdapat sebuah jawatankuasa agama yang mempunyai tujuan untok menasehatkan UMNO dalam hal ehwal agama.
Apabila Dato’ Onn meninggalakan UMNO, ahli-ahli jawatankuasa agama itu kemudiannya telah menukarkan corak agama kapada politik supaya dapat bertanding dalam pilihan raya. Langkah itu telah menyebabkan pecahnya kekuatan orang Melayu. Dengan itu muncullah Pas dalam gelanggang politik tanah air kita. Mereka melancarkan gerakan dengan menggunakan agama semata-m,ata kerana pada keseluruhannya orang Melayu berpegang kuat kepada agama Islam. Pada permulaan-nya, parti itu tidak mendapat sambutan yang besar tetapi lama kelamaan mereka telah berjaya mendapat pengikut yang lebeh ramai, terutama  di Kelantan di mana Perikatan memegang kuasa semasa merdeka dahulu.
Dengan kejayaan mereka mendapat penyokong yang besar bilangannya, maka mereka telah mengalahkan Perikatan di Kelantan semasa pilihan raya 1959 dan juga di-Trengganu, dan telah dapat menubohkan kerajaan di kedua-dua  negeri itu. Sungguhpun bwgitu, pada 1962 kerajaan mereka di Trengganu telah dijatohkan oleh Perikatan setelah beberapa orang ahli Majlis Mesyuarat parti itu melompat masuk Perikatan. Dengan itu tinggallah Pas di Kelantan sahaja yang memegang kuasa kerajaan negeri sementara Perikatan berkuasa di kesemua negeri lain.
Pas tidak pernah mempunyai sebarang tujuan atau rancangan yang tertentu. Mereka bergantung semata-mata kapada isu agama Islam untuk mendapatkan sokongan. Mereka tidak mempunyai pengetahuan untok menggubal satu dasar ekonomi yang membangun sebagaimana yang patut dibuat oleh sesebuah parti politik. Pada satu ketika, seorang ahli wanita Pas, Che’ Khatijah Sidek, yang menjadi ahli Parlimen, telah mengugut hendak keluar dari Pas jika parti itu tidak dapat menyusun satu dasar ekonomi yang tersendiri dalam tempoh enam bulan. Desakan ini tidak menghasilkan sebarang natijah, dan selepas dari itu Che’ Khatijah telah keluar dari gelanggang politik. Pas terus berjalan dengan dasar keagamaannya yang sempit dengan tidak mengubahkan coraknya sehingga hari ini, bahkan menambahkan lagi soal-soal perkauman yang sempit.
Mereka berkata, Tunku telah menjual Singapura kepada orang China dan kemudiannya akan menjual Malaysia pula. Apa yang sangat mengecewakan ialah orang ramai percaya dengan tuduhan itu.
(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)

List of secret societies in singapore :
  • Hai San Kongsi
  • Cho Koon Kongsi
  • Ghee Khee Kongsi
  • Ghee Sin Kongsi
  • Ghee Soon Kongsi
  • Chen Chen Kow (Tsung Peh Kongsi) 松柏公司
  • Ghee Hok Kongsi 義福公司, 义福公司
  • Ghee Khee Kwang Hok Kongsi
  • Hok Bing Kongsi (Hok Hin Kongsi) 福興公司, 福兴公
  • Hen Bing Kongsi
  • Choo Leong Kongsi
  • Ang Bang Kongsi
  • 24 Ghee Hai Kim
  • Angsoontong
  • Sio Yi Ho
  • 21 Tong Meng Ge
  • Pa Hai Tong 21
  • Ang Meng Tong 21
  • Salakau

Tuesday, 25 October 2011

Sejarah 98 x 9 + 6 = 888



.. Kongsi gelap merujuk kepada kumpulan jenayah yang dah tentunya tidak berdaftar disisi undang-undang.Kumpulan kongsi gelap biasanya terbabit dalam kegiatan haram, (tidak sah disisi-undang-undang), bagi membiayai kegiatan mereka. Biasanya kumpulan ini menjadikan perniagaan dadah, rompakan, ceti haram, perjudian haram, pelacuran, dan penjualan cakera padat cetak rompak sebagai aktiviti utama. Antara ciri-ciri utama kongsi gelap adalah orang atasan(ketua) akan mencarikan atau menjalankan perniagaan haram yang mana akan diuruskan oleh orang2 bawahan. Orang atasan(ketua) berhak mengambil wang dari orang bawahan sendiri walaupun atas alasan apa sekali pun. Ini kerana Pihak atasan memberi perkerjaan dan punca pendapatan kepada ahli bawahan dan sebagai balasan ahli perlu berkorban untuk ketua dan kumpulannya. Kegiatan kongsi gelap dikaitkan dengan kaum Cina, tetapi di Malaysia ia semakin menular ke dalam bangsa2 lain seperti India dan Melayu. Kumpulan kongsi gelap di Malaysia bermula dengan kedatangan pelombong2 bijih yang telah di bawa masuk dari Tanah Besar China oleh pihak Hindia Timur British. Pelombong2 ini kebanyakkannya adalah pengikut2 setia "Tentera Merah" Dinasti Ming yang telah dijatuhkan oleh Dinasti Qing. Apabila berada di negara orang mereka lebih bersatu dan memastikan anak bangsa mereka meneruskan perjuangan mereka. Ketika itu dikenali dengan nama Hong Mun dengan kod angka 3821 mereka mengumpul ahli2 baru dan dana kewangan untuk membantu kumpulan mereka yang berada di China untuk menentang Dinasti Qing. Seiring dengan peredaran zaman kumpulan patriotik ini telah disalah gunakan oleh pemimpin2 baru yang inginkan kemewahan dan tamakkan kuasa maka ia berkembang menjadi kongsi gelap. Perebutan kuasa dan kawasan jajahan telah melahirkan pelbagai nama dan kod angka kumpulan seperti Tiga Maharaja, Tokong Lima Beradik, 13 Pedang, Naga Merah, 03,04,07,08,21,24,36,38,18,360,367,368,369 dan banyak lagi. Dipercayai juga beberapa kumpulan yang asalnya hanya di ketuai dan dianggotai oleh bangsa Cina telah diketuai dan dianggotai oleh bangsa2 lain seperti 08,18,24,36,77,99 dan lain2. Kumpulan2 kongsi gelap juga menjadikan lambang-lambang tertentu sebagai ikon kumpulan mereka seperti haiwan2 liar, mitos dan senjata api bagi melambangkan keganasan dan kekejaman mereka. Sepertimana kongsi gelap lain di seluruh dunia, kongsi gelap Malaysia dipercayai menjadikan kongsi gelap di Tanah Besar China, Hong Kong dan Taiwan sebagai contoh penubuhannya, menjalankan operasi dan tetap menjadikan Guan Yu/Kuan Yee (Dewa Perang) sebagai idola yang di puja2. Malah di dalam sumpah setia meraka mereka masih menggunakan pengakuan menjadi ahli "Tentera Merah". Kongsi gelap di negara lain dikenali dengan pelbagai nama seperti kumpulan Mafia, Cosa Nostra, The BrotherHood, Corsican Mafia, Vatos Locos, MS13 dan banyak lagi.

Semangat Anak Muda

Wednesday, 19 October 2011

Manusia pelakon cerita.

Dalam hidup ini, kekadang kita tak dapat apa yang kita inginkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita hilang apa yang telah kita idamkan...
Dalam hidup ini, kekadang kita dapat apa yang tidak kita jangkakan...
Dalam hidup ini, kekadang kita terlupa dengan apa yang telah kita ada...
Dalam hidup ini, kekadang kita tak syukuri dengan nikmat Ilahi...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih membandingkan apa yg org lain ada tetapi kita tiada...
Dalam hidup ini, kekadang kita lebih tumpukan dunia drpd akhirat yang hendak dituju selamanya..
Renung-renungkanlah, hidup hanya sekali..

Cinta dalam kehidupan

Tidak perlu cari teman secantik Balqis,andai diri x sehebat Sulaiman.Mengapa mengharap teman setampan Yusof,jika tak setulus Zulaikha.Tidak perlu mengharap teman seteguh Ibrahim,andai diri x sekuat Siti Hajar,dan mengapa mengapa didambakan teman hidup yang sempurna Muhammmad,jika ada keburukan pada diri.Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan.Carilah kebaikan pada dirinya.Bersyukurlah kerana dipertemukan denganya dan berdoalah dia milikmu.

Cinta adalah kehidupan. Kala cinta hilang dari jiwa seseorang, ia bagaikan hidup dalam kematian. Cinta adalah cahaya. Kala cinta hilang dari hati seseorang, ia bagaikan dalam kegelapan.

Cinta laksana obat penawar. Kala tak ada cinta, hati akan ditimpa penyakit. Cinta adalah nikmat. Jika seseorang tidak meraihnya, hidupnya penuh kegelisahan. Cinta Allah kepada manusia tak terpisah dari cinta manusia kepada-Nya.

Dalam Alquran, perasaan cinta antara lelaki perempuan disebut dengan istilah mawaddah, rahmah (QS [30]: 21), syaghafa (QS [12]: 30), mail (QS [4]: 129), dan hubb-mahabbah (QS [12]: 30). Istilah yang berbeda-beda itu menunjuk pada mendalam dan ragamnya cinta.Cinta memang memiliki dimensi yang sangat luas dan mendalam.

Allah meliputi segalanya dan Ia Mahatahu (QS al-Maaidah [5]: 54).

Wednesday, 30 June 2010

Warisan

        Kata Bersahut, Gayong Bersahut
 
"Ikutlah Resam Padi, Makin Berisi Makin Tunduk"
"Berguru Kepalang Ajar Bagai Bunga Kembang Tak Jadi"

  Woodlands, Singapura(awal 1960-an)


                                                  Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman


Lambang Gayong

Lambang atau logo Silat Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Za'ba di Singapura. Lambang yang menjadi lencana atau terpapar pada dokumen rasmi dan sijil Silat Gayong mempunyai makna dan pengertian tertentu.
BULAN DAN BINTANG Melambangkan agama Islam dan syiarnya berada di puncak dunia. Silat Gayong meletakkan agama di tempat yang paling tinggi sebagai penyuluh hidup. Ia juga melambangkan agama Islam menjadi teras perguruan persilatan ini.

BUMI
Menunjukkan bahawa Silat Seni gayong akan berkembang ke seluruh dunia khasnya untuk semua muslim.

BEJANA AIR
Simbolik kepada universaliti ilmu Silat Seni Gayong. Apa yang didapati atau dilihat pada senibela diri lain samada tempatan atau luar negeri telah wujud dalam Silat Seni Gayong. Silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak dan boleh ditimba sentiasa umpama air yang tidak akan putus. Ia juga melambangkan kesatuan hati dan bulat kata kerana sepakat. Bak kata pepatah Melayu, “ Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana sepakat ”. Murid Gayong mestilah berpadu untuk menegakkan yang hak.

HARIMAU
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Ia menonjolkan identiti atau corak pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas dari sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, di kala tertentu sahaja ia akan menzahirkan kekuatan dan ketajaman cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.

NAGA
Menunjukkan bahawa Silat Seni Gayong bukan sahaja boleh diguna di darat, bahkan juga di dalam air. Logo naga ini dipercayai telah dihadiahkan oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalannya semasa melawat negeri China dahulu. Naga juga merupakan simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman sendiri. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

KERIS BERSILANG
Simbolik kepada semangat Laksamana terbilang melayu, Hang Tuah dan Hang Jebat. Hang Jebat mati sewaktu menjadi Laksamana. Jawatan Laksamana tidak diambil semula oleh Hang Tuah selepas kematian Hang Jebat. Keris dalam lambang tersebut adalah keris Tamingsari yang pernah digunakan oleh kedua-dua laksamana tersebut. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah silat melayu seni warisan bangsa yang asli dan tulen.

PEDANG BERMATA DUA
Melambangkan pedang Zulfakar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci dari Al – Quran bermaksud "Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir" di sepanjang mata pedang tersebut. Ia bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahilliyah.

HITAM CULA VII Melambangkan Bengkung Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negar, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Tengku Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Di sebalik lambang tersebut, ia bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar hala tuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diselewenegkan.

Warna Rasmi Gayong

PUTIH
(Suci/Bersih)
Disebalik pakaian serba hitam berserta darjat dan pangkat yang diterima ,ia sebenarnya hanyalah kulit untuk memperbezakan kedudokkan tetapi hakikat yang sebenarnya adalah jiwa(yang tersembunyi) yang suci dan bersih memperjuangkan semata2 kerana amanah dan tanggung-jawab yang harus dipikul.

Bukan untuk kemegahan dan kebanggaan yang perlu ditayang-tayang maka timbul penyakit sombong, bongkak dan angkuh.Maka banyak yang tewas dipertengahan jalan kerana sikap yang burok dan jelek ini.

'Hitam adalah bayang-bayang yang didedahkan dan terhijab kapada yang suci dan bersih……… dan putih adalah satu perbendaharaan yang berselindung disebalik bayang-bayang. Jadi,pendedahan tidak semestinya satu kejayaan dan kemenangan. Dan yang tersembunyi bukan bererti ia dalam kegelapan.Demi kebenaran dan ketulinan sesuatu Ilmu,ia harus diperjuangkan melalui pengabdian dan pengorbanan,bukan untuk meraih kemenangan dan kejayaan peribadi……..sebab ia terlalu luas untuk dicapai dalam masa yang singkat.'

HIJAU
(Agama)
SYARAT2 UNTUK MENJADI AHLI GAYONG:-

Tiada pantang larang dalam Ilmu SSG.
Hukum Agama sebagai panduan.
Lakukan apa yang diperintah, dan tinggalkan perkara2 yang ditegah.

IKRAR AHLI GAYONG:-

Bahwa sanya aku (nama pesilat)Mengaku taat setia menjadi murid Silat Seni Gayong dan menjadi ahli Gayong. Aku mengaku taat setia kapada Allah dan Baginda Rasul Allah s.a.w. Aku mengaku taat setia kapada Mahaguru Silat Seni Gayong dan juga wakil-wakilnya.

Aku mengaku taat setia kapada Ibu dan Ayah ku sendiri dan juga ahli sekeluarga dengan ku.

Bahwasanya aku mengaku taat setia kapada yang berhurmat President dan juga Kerajaan Negri.

Ya Allah,tunjukan aku kejalan yg benar,jauhi diriku dari jalan yg salah.
Ya Allah,murahkan rezekiku,jauhi diriku dari mala-petaka jin dan iblis dan juga ma'nusia yg niat khianat keatas diriku dan negaraku.

Inilah ikrar taat setia kapada negaraku.
Amin,Amin,Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Lafaz menerima ijazah : 'Aku terima ijazah daripada Mahaguru dengan berkat sufaat Baginda Rasul Allah s.a.w.'

'Jangan sekali-kali derhaka kapada kedua IbuBapa dan Guru…. ……..Ibarat berdosa kapada Allah dan derhaka kapada Muhammad'

MERAH
(Darah Pahlawan/Berani)

Berani kerana benar dan perjuangkan kerana kebenaran.
Jauhi sikap-sikap sombong dan bongkak,angkuh,riak dan takabur serta darah yang bergelombang dengan hawa-nafsu rakus dan sarakah kerana kedudukan dan pangkat. Wabak yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan wabak yang tidak ada ubatnya melainkan kesedaran diri sendiri.

Inilah penyakit yang tidak bolih dirasai yang berselindung disebalik jasad yang hanya memandang pada keindahan sahaja. Engkar dengan pegangan sabagai pejuang dan takut pada pengurbanan. Apabila sudah menerima kedudukan dan pangkat,akan menjadi TUAN dan menolak fahaman yang berunsur pengabdian.

"YANG BENAR ITU INDAH……….NAMUN YANG INDAH TIDAK SEMUA-NYA BENAR!".

KEKUATAN tidak akan dapat mengatasi KEBENARAN sebab kedua-duanya hak Allah dan penentuan Allah.

Sebaik-baik senjata adalah senjata yang dapat melenturkan dan menewaskan musoh tanpa pergaduhan dan peperangan iaitu kata-kata hikmah-bijak berkata-kata dengan perlaksanaan yang seimbang maka terbentuklah insan 'bijak laksana' dengan akhlak kerendahan-diri yang mulia.

"Kata-kata yang berhikmah lebih hebat dari keris yang berbisa"

KUNING
(Berdaulat)
Sejarah sudah menentukan!.
Perjuangan bermula dari anak2 Raja Bugis yang bernama Daeng Marewah Ibni Daeng Relaga Tandriburang (Kelana Jaya Putera),Yang DiPertuan Muda I- Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1722 hingga 1728. Daeng Celak Ibni Daeng Relaga Tandriburang, Yang DiPertuan Muda II-Memerintah Riau,Lingga,Johor dan Pahang pada tahun 1728 hingga 1745.

Memperjuangkan dan menyebar Agama Islam di-kepulauan Riau dan menentang pencerobohan.Maka dari itu perlaksanaan Adat-Istiadat yang sudah sedia-ada bermula berkurun2 lamanya. Cukup dengan Tata-Susila dan Tata-Keramanya yang amat tinggi.

'Adat menentukan budi-pekerti yang luhur,tutur-bahasa dan budi-bicara yang penuh kesopanan, berserta pelaksanaan yang cukup tertib…………………… …………………….Persilatan tanpa Adat-Istiadat umpama pohon yang tiada berakar'

HITAM
(Bayang-Bayang/Rahsia)
Apa ertinya Adat-Istiadat Perlimau Tapak dan mengapa harus melalui upacara ini untuk menjadi ahli Silat Seni Gayong? .

Amanah Al-Marhum Dato' Meor Abdul Rahman:-

"Barangsiapa yang tidak menjalani Adat-Istiadat Perlimau Tapak Silat Seni Gayong, ia tidak bolih di-iktirafkan sebagai murid Gayong dan sama-sekali tidak sah mengaku dirinya ahli Gayong"

'Setiap bayang-bayang bergerak mengikut ampunya bayang-bayang, tidak akan dapat mengenal sesuatu rahsia jika tidak kenal ampunya rahsia' 
Gayong punya 349 seni rahsia


Amanat Dato' Mahaguru Meor. Abd. Rahman kepada Anak-anak Gayong
********************************************************
Tiang yang paling penting dalam
penuntutan ilmu ialah taat setia yang
tidak berbelah bahagi.Tamak-ahmak
itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri
ataupun satu kecelakaan kepada diri seseorang itu.
_______________________________________
Jangan ditepuk susu di dulang,
Anak harimau tak dapat menyusu;
Janganlah pecah rahsia hulubalang,
Nanti rimau hilang kuku.
Jangan tepuk darah di dulang,
Anak harimau mencari ibu;
Jangan pecah mantera hulubalang,
Nanti harimau hilang asu.
Jikalau ada dulang ditangan,
Jangan biar jatuh terhempas;
Jikalau ada senjata ditangan,
Jangan biar orang rampas.
Pecah Gayong di dalam dulang,
Dulang hayut lautan tujuh;
Pecah Gayong perpecahan sayang,
Di satu masa kembali berpadu teguh!